Subscribe to my full feed.

MENCARI DIRI

Telahku
Aku tidak pasti
Apa perlunya
Segalanya terjadi
Kadang bagai suatu hikayat
Cetera tanpa sudah
Sukar buatku tafsir
Kalaupun akhirnya indah
Tika ini
Langkah ini terasa longlai
Lemahnya keberadaan ini
Lelah untukku bertongkah arus
Biar ada usaha
Hasil itu masih kosong
Sesak saatku
Hela nafas ini masih sukar bernoktah
Beralun nada yang berbeza
Bukan tidak aku mencuba
Bukan tidak aku berusaha
Cuma aku berfikir
Kenapa hasilnya masih perlu sama?
Ya Tuhan
Cukup agakku ujian ini
Ataupun
Kalau mungkin ia perlu
Tambahkanlah cebisan sabar buatku
Biar sisa sabar ini kugalas selalu
Sedikit sedikit hati ini tenang
Lantas redha itu datang
Ya Allah
Tika ini segalanya kelam
Bersama suram yang berbalam
Ribut
Kalut
Sukar untuk dikisahkan
Saat bait ini kudendangkan
Buat-Mu Yang Maha Adil, Ya Tuhan
Cukupkanlah diriku oleh redha-Mu
Untuk kuraih Cinta-Mu
Di jalanan pulang

ANUGERAH

Kala melihatkan alam
Syukur
Indera ini masih bisa terbuka

Kala kicau burung bersenda
Nikmat
Dengarku masih ada

Kala indah nian bicara
Tasbih beralun nada
Zikir ini milik-Nya

Kala iman tegar bertakhta
Damai nan bahagia
Nikmat yang pasti tak ternilaikan!

DARI LENSA INI

Indah alam ini
Kala kurenung jauh
Dalam-dalam

Lihatku
Lensa mata ini
Merakam cerlang warna pelangi
Gelap malam turut tembus

Bisa aku jadi walang
Andai nikmat ini Kau renggut
Tika aku kufuri nikmat-Mu

Ya Allah
Ampunilah daku
Hamba-Mu ini


KAMI

Abang, Kakak dan Adik
Langkah kaki ini
Biar sama
Satu nada

Abang, Kakak dan Adik
Derap kaki ini
Biar sama
Seirama

Perlu apa kita
Sentiasa bersama
Saling bahu membahu

Kerana
Kita hanya bertiga
Saat lenguh lututmu seketika
Kelak kakiku galang gantinya

PALESTIN DAN KAMI

Palestin
Kita sama walau mungkin kita berbeza
Janji kita hanya satu
Merdekakan Al-Aqsa di balik taring ganas yang mencengkam
Kala sengsara ini
Tak punya siapa sudi membantu
Walau keluarga kita merata
Pun tak kita tahu ke mana mereka
Hilang bersama ketuanan yang terdahulu
Lupakah mereka janji yang terlafaz?

Tapi kita tak punya pilihan
Putihkah? Hitamkah? Takkan mungkin dipeduli
Yang pastinya
Hanya sekadar suatu tontonan
Di tubir mata yang sayup memandang dari kejauhan
Kita memang tak punya pilihan
Barangkali
Hanya kita yang menjadi pilihan di antara ribuan
Untuk menongkah ranjau onak ini
Sendiri

Palestin
Kala bumi merahmu menghiba
Kami kotakan segalanya
Biar sempadan Kami bersimbah darah
Berlumur hanyir dosa Laknatullah
Biar nyawa kami sebagai galangnya
Kerana Kami tahu
Kami hanya punya kawan
Takkan punya saudara yang sanggup meneman

Wahai umat Islam
Ke manakah kamu menghilang?
Di manakah perginya pemimpin-pemimpin di kalangan kamu?
Lelehan darah Kami
Dan teriakan suara Kami
Mana mungkin mampu kamu dengari
Kerana kamu
Hanya mampu mengaku beriman
Nasib Kami?
Terlalu jauh untuk kamu semua fikirkan
Hanya sekadar tontonan
Alangkah kejamnya kamu semua...Sungguh!!
---(suara hati rakyat Lebanon)---

KIRANYA MEREKA TAHU

Andainya manusia tahu
Untuk apa dirinya diciptakan
Pasti saban waktu
Dia kan sujud berteleku
Tafakur kepada Khaliq-Nya.
Kiranya seorang perempuan tahu
Untuk siapa hatinya dikhaskan
Kepada siapa yang lebih berhak
Tentu dia akan menghadiahinya
Bak intan terpilih secantik ukirannya
Tak tersentuh dek sebarang makhluk
Tak terjamah walau sekelumit
Khusus untuk dia
Yang telah dipertemukan buat kali pertama
Pasti ia akan dinobatkan
Oleh seluruh isi alam
Bagai bidadari suci yang setia
Menanti seorang kekasih
Dan itulah selayaknya…

WHEN I ASK GOD

I asked God to make my handicapped child whole.

God said, No. His spirit is whole, his body is only temporary.

I asked God to give me happiness.

God said, No. I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to make my spirit grow.

God said, No. You must grow on your own, but I will prune you to make you fruitful.

I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.

God said...Ahhhh, finally you have the idea.

Subhan'Allah!!! THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY!!!

CINTA TERAGUNG

Tuhan beri cinta-Nya
Bukan kerana rupa seseorang
Jika tidak
Ia pasti satu kesilapan
Kerana ia pasti kan dimamah zaman
Tuhan beri cinta-Nya
Bukan kerana jawatan seseorang
Jika tidak
Ia pasti satu kesilapan
Kerana persaraan itu suatu kemestian
Tuhan beri cinta-Nya
Bukan kerana harta seseorang
Jika tidak
Ia pasti satu kesilapan
Kerana ia pasti takkan bisa kekal sehingga ke akhir usia
Tapi
Tuhan pasti akan berikan cinta-Nya
Kerana hati ikhlas seseorang
Kerana hati yang ikhlas itu pasti takkan mati selamanya
Selagi denyut nadi masih panas bernafas
Indahnya cinta Tuhan
Takkan mungkin seburuk cinta manusia
Yang hanya ingin miliki suatu yang pasti kan binasa
Walau hati itu ikhlas memberi
Tapi mungkin takkan seikhlas dengan yang menerimanya
Kerana itu kecintaan buat Tuhan itu
Suatu yang indah untuk dipuja
Suatu yang berharga untuk dimiliki
Kerana cinta itu pasti kan berbalas
Kerana ia tak pernah kenal apa erti darjat
Kerana ia tak pernah kenal apa erti pangkat
Kerana ia tak pernah kenal apa erti harta
Jua tak pernah kenal apa erti rupa
Kerana ia cuma kenal apa itu hati
Dan hanya kenal apa itu ikhlas
Kerana itu jua Tuhan pasti kan menerima
Cinta dari pemberi yang ikhlas mempertaruhkan cintanya
Kerana ia pasti kan kekal sampai bila-bila
Kerana inilah cinta teragung
Yang akan kekal buat selama-lamanya…
Selama-lamanya…

MY WISH

O Allah
Please help me
From something that are horror for me
From something that are weird for me
O Allah
If you give me busy
Please make me alert with your date
That make me become very closer with you
Even there is a busy’s date
That are still waiting for me
And I hope so…
O Allah
If you give me time
Please remind me
For the most precious time that I can have
With you that I mustn’t wait
Even there still have a time
For someone that I should care
And I hope so…
O Allah
If you give me someone’s love
Please warn me
For the most wanted love that I should have
The sweetest, real and true love
From the Creator’s of someone’s love
For me to confess
That someone’s love is not everlasting forever
And I hope so…
O Allah
Please forgive me
By the time gone
For all mistaken that I have done
While I know or don’t know
And I hope so…
O Allah
Please hear me for my wish
Please hear me for my hope
Please hear me for my desire
Because
I know you are the one
And the only one
Who can hear all of my wishes
Who can give all the things that I really want
And I hope so…
But the most thing that I want
And the really one is
Please give me your love
For me to pass away along this barrier world
That can separate my heart and my soul
From the lovely feeling
With your true love
O Allah
Would you make my dreams come true?
Thanks of all
And I really hope so…

;;